← AG Holiday

Polisi Tempahan, Bayaran & Pembatalan

Kemas kini Ogos 2026 · Rujukan AGH/S&M/POLISI/001/2026

Tempahan & Bayaran

Tempahan sah selepas deposit diterima dan pengesahan dikeluarkan oleh AG Holiday.

Deposit: 20% (bot · daytrip · pakej penginapan darat / kombo) · 50% (pakej penginapan di Pulau) · 30% (ATV 4 unit ke atas) · bayaran penuh (ATV 3 unit ke bawah, dan tempahan 72 jam atau kurang sebelum trip).

Baki: 3 hari sebelum trip (bot · daytrip · pakej darat / kombo) · 7 hari sebelum check-in (pakej penginapan di Pulau) · 7 hari sebelum (ATV 4 unit ke atas).

Baki tidak dijelaskan dalam tempoh — AG Holiday berhak melepaskan slot.

Pembatalan oleh pelanggan

Deposit tidak dikembalikan bagi pembatalan oleh pelanggan.

Tangga di bawah terpakai bagi semua produk: bot, daytrip, pakej, kombo, penginapan dan ATV yang dibayar secara deposit.

14 hari atau lebih sebelum trip80% dipulangkan
7 – 13 hari50%
4 – 6 hari30%
72 jam atau kurang · tidak hadirTiada bayaran balik

Pengecualian tunggal — tempahan ATV yang dibayar penuh (3 unit ke bawah): tiada bayaran balik bagi pembatalan oleh pelanggan.

Kalau AG Holiday yang batalkan

Sebab: cuaca buruk · laut atau laluan tidak selamat · arahan pihak berkuasa · kerosakan teknikal yang menjejaskan keselamatan.

Anda pilih: tukar tarikh · credit wallet · bayaran balik selepas tolak kos pihak ketiga · bayaran balik penuh jika punca sepenuhnya AG Holiday dan tiada perkhidmatan ganti.

Kalau kami tersilap

Tempahan berganda · salah tarikh, pakej atau bilangan pax · caj berganda.

100% dipulangkan tanpa potongan, diproses serta-merta atau dalam 3 hari bekerja.

Masa hadir

Redang / Setiu Wetlands: 30–45 minit sebelum waktu pelepasan.

ATV: 30 minit sebelum slot.

Lewat sehingga bot berlepas atau slot terlepas dikira tidak hadir — tiada bayaran balik.

Ringkasan ini untuk rujukan pantas. Terma penuh dalam dokumen AGH/S&M/POLISI/001/2026 — hubungi kami untuk salinan.